This Diary Writer!!

My photo
does not like publicity desperate, all stories are not related to the living and the dead, this blog is not only to expressions of faith to the enemy this blog as a place to tell the story of love and sorrow, life to be a visionary and successful and able to respond thanks to the parents.

I Love You!!

Monday, July 4, 2011

Mencarut Atau Dicarut Atau Tercarut!!

Assalamualaikum.. (:

Sila baca ini kenyataan-kenyataan ini :

Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki ataupun pengeluaran kata-kata kesat. Secara umumnya, mencarut adalah kelakuan yang tidak membawa sebarang faedah. Perbuatan ini bukan sahaja membazir masa, malah mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya.

Selain itu perbuatan mencarut akan mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri seseorang. Seseorang itu dianggap kurang beradab, dan mempunyai mentaliti yang kurang matang.

Dalam kebudayaan orang Melayu pula, mereka yang mencarut biasanya dikatakan kurang ajar. Ini membawa maksud yang amat keras, iaitu mempunyai ibubapa yang yang tidak mengajar tertib kepada anaknya disebabkan salah satu sebab iaitu kejahilan, kurang pendidikan, berasal dari keturunan tidak baik, dan lain-lain.

Buruk nampaknya orang lelaki mencarut, buruk lagi kalau perempuan yang mencarut.

Saudara saudari seagamaku, apa kepuasan anda apabila mencarut?  Dalam Islam juga, mengeluarkan kata-kata kesat, cacian dan makian adalah sesuatu yang terhina.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji." (al-Humazah: 1)

Kepada org yang suka mencarut, hentikanlah perbuatan itu. Usaha! Jangan merendahkan martabat anda sendiri dengan mencarut. Jangan dibiarkan lidah anda terbiasa mencarut, takut-takut sampai ke tua, lidah pun sudah liat hendak berhenti mencarut. Jangan sampai orang menutup mata dengan syahadah, kita pula menutup mata dengan mencarut. Nauzubillah...

"Ya Allah, peliharalah lidah kami"

16 comments:

  1. haa.. bagus lah post dlm blog mcm ni.. tapi jgn nak updates jerr jadi kan pengajaran juga faham?

    ReplyDelete
  2. ok boss anonymous or cik/encik takde name.. hehe

    ReplyDelete
  3. yang lelaki tak hensem la mencarut, yang perempuan tak cun la mencarut.. tak boleh buat laki kalau mencarut.. sok2 bakal anak pun mencarut jgk..

    ReplyDelete
  4. hyep
    ini url baru farah ya..
    kalau sudi follow back ya.. =)

    http://chocolate-tubbies.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. thanks... pesanan yg baik utk sesama insan.

    ReplyDelete
  6. redzuan23: haa tau tak pa.. so kena lah pandai pilih bakal2 isteri tuhh..

    ReplyDelete
  7. cik farah: ok farah done following you!

    ReplyDelete
  8. man: welcome.. and thanks sudi jejenguk blog buruk nih.. (:

    ReplyDelete
  9. elakkan menyebut perkara TuTTT!!

    lawatan dari:
    http://kainpelikatbiru.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. yess mesti di elak kan.. hehe..

    thanks kerana melawat..

    next time melawat lah selalu.. (:

    ReplyDelete
  11. budak-budak melayu sekarang macam dah biasakan diri mencarut-carut ni. risau!

    ReplyDelete
  12. tahu pun.. mmg menjadi2 kan..
    so kite ubah kan untuk diorg..
    boleh kn? jadi kn diri kite idola diorg..

    ReplyDelete
  13. berfikir dlu seblum buat perkara tak patut, hehe heyt, thanks follow

    ReplyDelete