This Diary Writer!!

My photo
does not like publicity desperate, all stories are not related to the living and the dead, this blog is not only to expressions of faith to the enemy this blog as a place to tell the story of love and sorrow, life to be a visionary and successful and able to respond thanks to the parents.

I Love You!!

Saturday, October 29, 2011

Sesuai Untuk Yang Sedang Ber"couple" !!

Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh TOLONG antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan TUDUNG. Bukan sebab
 jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena BAKAR API NERAKA.


Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak JUBAH dan TELEKUNG. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab RINDU kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila KELUAR DATING sama-sama, terlalu asyik hingga TERTINGGAL ZOHOR. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang SAYANGKAN  awak. Nak SETIA pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak KAHWIN dengan awak cepat-cepat. Nak hidup
 di dunia dan akhirat terutamanya. 


Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah JODOH kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..







saya sayang awak 



2 comments:

  1. thumbs up untuk artikel ni! hehe...
    bagus kalau ade lelaki yang memperingatkan perempuan macam ni... ^_^

    ReplyDelete
  2. hehehe.. kan?
    susah kan nak jumpe laki mcm nih..

    ReplyDelete