This Diary Writer!!

My photo
does not like publicity desperate, all stories are not related to the living and the dead, this blog is not only to expressions of faith to the enemy this blog as a place to tell the story of love and sorrow, life to be a visionary and successful and able to respond thanks to the parents.

I Love You!!

Tuesday, May 1, 2012

12 Barisan Di Padang Mahsyar!!



BARISAN PERTAMA
Manusia tanpa tangan dan kaki
Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya

BARISAN KEDUA
Manusia berwajah khinzir hitam
Mereka di dunia melalaikan solat atau bersolat tetapi masih melakukan kemungkaran

BARISAN KETIGA
Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking
Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat

BARISAN KEEMPAT
Manusia yang mengalir darah dari mulutnya
Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli

BARISAN KELIMA
Manusia yang berbau busuk dan angin akan meniup bau busuk itu sehingga keseluruh padang berbau busuk yang teramat itu
Mereka di dunia menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut kepada Allah

BARISAN KEENAM
Manusia yang tenggorok dan tengkoknya putus
Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang teraniaya

BARISAN KETUJUH
Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya
Mereka di dunia enggan memberi kesaksian atau menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan

BARISAN KELAPAN
Manusia berjalan terbalik (kaki ke kepala)
Manusia yang melacurkan diri atau berzina tanpa bertaubat

BARISAN KESEMBILAN
Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya
berapi Mereka di dunia memakan harta anak yatim

BARISAN KESEPULUH
Manusia bertubuh penuh dengan lepera dan belak (sejenis penyakit kulit yang amat gatal)
Mereka di dunia menderhaka kepada ibu bapanya

BARISAN KESEBELAS
Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk, bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik
Mereka di dunia meminum arak

BARISAN KEDUABELAS
Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya
Merekalah golongan beriman dan beramal soleh.


2 comments:

  1. terima kasih atas info ni.. smoga kita semua tergolong dlm golongan org2 beriman dn stiasa mdekatkan diri kpdNya.. insyaallah..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..
    amin.. insyaallah..
    terima kasih :)

    ReplyDelete