This Diary Writer!!

My photo
does not like publicity desperate, all stories are not related to the living and the dead, this blog is not only to expressions of faith to the enemy this blog as a place to tell the story of love and sorrow, life to be a visionary and successful and able to respond thanks to the parents.

I Love You!!

Monday, July 29, 2013

Ayuh Bangun Selepas Putus Cinta !!

cara-cara yang betul untuk kamu bina semula semangat diri selepas di tinggalkan oleh bekas kekasih yang tak guna tu!

 

1)  MAKAN MAKANAN YANG SIHAT

Mungkin bagi sesetengah orang tidak menyangka, dengan pengambilan makanan yang sihat dan teratur mampu membuatkan mood seseorang itu lebih baik berbanding sebelum. Ini kerana, bila perut kenyang hati pun gembira kan? Jadi jangan lupa makanlah makanan yang sihat. Huntung-huntung kamu akan bertambah sihat dan cantik!

 

2)  DAMPINGI ORANG YANG BETUL-BETUL MENYAYANGI KAMU

Jika si dia sanggup tinggalkan kamu tanpa belas kasihan, ingat.. biarkan sahaja dia pergi! Tiada gunanya kamu menghabiskan masa Remaja kamu dengan orang yang hanya berpura-pura menyayangi kamu. Berdamping lah dengan orang-orang yang betul-betul menyayangi kamu seperti keluarga dan ibu bapa. Percayalah, kamu akan lebih di hargai dan rasa sangat di sayangi. Ingat, kasih ibu tiada penggantinya.

 

3)  MEMAAFKAN APA YANG BERLAKU

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Apa yang terjadi biarlah ia berlalu. Lupakan sahaja apa yang berlaku. Maafkan apa yang sudah berlaku. Sekirannya kamu masih berdendam percayalah sampai bila-bila hati kamu tak akan tenang.

 

4)  BENARKAN DIRI MERATAPI KESEDIHAN!

Pelik ? Sebenarnya ini adalah terapi yang paling berkesan untuk kamu! Jika kamu sedih jangan tahan, teruskan menangis. Jangan segan, luahkan segala apa yang terpendam pada orang-orang yang boleh di percayai. Cry out loud jangan di simpan. Sekurang-kurangnya rasa sedih kamu semakin hari semakin berkurangan. Percayalah, bila kamu dah kerap sangat menangis meratapi kesedihan yang kamu lalui, akan lahir satu semangat baru yang selama ini kamu tercari-cari.

 

5)  BERI MASA PADA DIRI

Jangan tergopoh-gopoh mencari penganti melainkan jika kamu memang betul-betul bersedia untuk mengadakan hubungan. Take your time! Kenali hati budinya dahulu. Beri masa pada diri jangan terus melulu takut-takut nanti ada sahaja yang mengambil kesempatan keatas situasi kamu.

 

6)  BERSYUKUR LAH!

Akhir sekali, bersyukurlah pada Yang Maha Esa kerana sekuranag-kurangnya kamu masih di beri peluang kedua untuk hidup dan di beri kesihatan yang baik. Bukan itu sahaja, bersyukurlah juga kerana sekurang-kurangnya kamu kehilangan orang yang tidak mencintai kamu, dia (bekas kekasih) pula kehilangan orang yang paling mencintainya. 

0 comments:

Post a Comment