This Diary Writer!!

My photo
does not like publicity desperate, all stories are not related to the living and the dead, this blog is not only to expressions of faith to the enemy this blog as a place to tell the story of love and sorrow, life to be a visionary and successful and able to respond thanks to the parents.

I Love You!!

Saturday, August 31, 2013

Punca Si Dia Beralih Arah !!

1)  TERLALU CEMBURU

Memang lah cemburu itu tandanya sayang. Tetapi, beragak lah, jangan sampai cemburu buta pula. Jangan kata si dia je naik lemas di buatnya. Orang sekelilingnya juga pasti sedang bercakap-cakap tentang kamu.

 

2)  MENONGKONG

Ini tak boleh, itu tak boleh sampaikan masa bersama rakan-rakannya juga kamu kawal! Walaupun kamu pasangannya itu tidak bermaksud kamu boleh mengawal dan apatah lagi mengongkong hidupnya. Tindakkan kamu itu umpama tidak menghormati hak dan privasinya.

 

3)  MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Kamu memang cintakan dirinya. Tetapi adakalanya juga kamu terlalu mementingkan diri sendiri. Kamu hanya memikirkan perasaan rindu dan sayang kamu sahaja. Pekara seperti ini akan membuatkan si dia mula pemberontak secara diam. Jadi tidak hairanlah mengapa selepas itu dia pula yang mula menjauhkan diri dari kamu.

 

4)  SERING BERKEPIT

Hidup seperti belangkas juga bukanlah sesuatu yang menyeronokan. Adakalanya kamu berdua perlukan masa bersendirian juga. Janganlah hanya di sebabkan kamu terlalu sayangkan dia kamu ingin menghabiskan masa 24/7 hours dengannya sahaja. Bosanlah! Mungkin kerana itulah dia cari yang lain.

 

5)  PANAS BARAN

Lelaki panas baran memang biasa kita dengar, tetapi kalau perempuan memang ‘busuk’ bunyinya. Mungkin kamu terlalu mudah melenting tidak tentu pasal. Tanyalah satu dunia sekalipun, tak akan ada sesiapa yang ingin mempunyai pasangan panas baran. Begitulah juga dengan pasangan kamu. Buat apa, si dia habiskan masa dengan orang yang suka memaki hamunnya, lebih baik si dia cari yang lain. Orang yang lebih menghormatinya sebagai seorang pasangan.

 

6) KUAT MEMBEBEL

Pot-pet-pot-pet ada je yang tak kena. Sikap kamu itu saling tak tumpah macam seorang ibu yang memarahi anaknya itu akan menyebabkan si dia rasa tidak selesa denganmu. Lama kelamaan pasangan mu pasti akan terfikir “eh, aku ni bercinta dengan ‘makcik-makcik’ ke ?”.

 

7) TIADA KEPERCAYAAN

Mungkin kerana kamu kerap sangat mengintip setiap pergerakannya, selalu check telefon bimbitnya, apatahlagi buka FB tanpa pengetahuannya hanya kerana kamu takut sebenarnya di curang di belakang mu akan membuatkan si dia mula naik rimas dengan sikap kamu. Tindakan kamu itu juga umpama tiada kepercayaan dalam hubungan. Jadi, untuk apa di teruskan hubungan yang tidak mempunyai 'kepercayaan' bukan ?



1 comment: