Awwww sweet kan bila pasangan kita cakap macam ni!

 

Tapi, tahukah kamu dari nama panggilan yang si dia berikan pada kamu boleh mengambarkan sejauh mana si dia serius dalam hubungan percintaan kamu berdua. Jadi jom ‘baca’ isi hatinya melalui panggilan kamu.

 

1)      BABY, SUGAR, HONEY, SWEETIE

Senang kata semua panggilan yang ‘sweet-sweet’ dia berikan pada kamu. Hmmm, lelaki seperti ini memanglah seorang yang loving dan caring. Tetapi si dia sebenarnya mengharapkan kamu berubah dan menjadi seseorang seperti yang si dia harapkan.

 

2)      NAMA PANGGILAN KANAK-KANAK

Jika si dia memanggil kamu dengan nama panggilan kanak-kanak kamu, itu bermaksud si dia betul-betul peka dan ambil tahu dengan pandangan keluarga kamu terhadap dirinya. Malah itu juga menunjukan si dia ingin menjadi sebahagian daripada keluarga kamu.

 

3)      NAMA PANGGILAN DARI KAWAN-KAWAN

Hmmm,nampaknya si dia panggil nama kamu sama seperti kawan-kawan yang lain. Itu bermaksud si dia sebenarnya masih tidak mengenali kamu dengan mendalam. Si dia hanya mengenali kamu melaui apa yang kawan-kawan kamu cerita sahaja. Jadi, apa kata berikan masa dan ruang sedikit padanya.

 

4)      NAMA PENUH

Mungkin nampak pelik bila pasangan kamu memanggil kamu dengan nama penuh. Tetapi, hakikatnya itu menunjukan si dia benar-benar mencintai kamu dengan apa adanya. Sikap mereka yang tidak suka berjanji membuktikan si dia benar-benar tidak mahu melukai perasaanmu. Percayalah, kamu akan sukar lupakan segala kenangan manis bila bersamanya.

 

5)      NAMA PANGGILAN CIPTAAN

Si dia suka panggil kamu penguin ? atau mungkin nama panggilan yang pelik-pelik ? jangan bersedih! Itu bukan bermaksud si dia cuba mengejek kamu  atau memburukan kamu. Niatnya adalah untuk bergurau sahaja! Jangan kecil hati. Sebaliknya kamu harus berbangga, kerana itu membuktikan si dia betul-betul sudah mengenali kamu dan masak dengan karakter-karakter kamu. Uniknya, si dia mempunyai cara yang tersendiri untuk mengenali kamu tanpa di sedari.